Pages

Monday, December 20, 2010

Interview SPP satu pengalaman

ni kali pertama aku interview kerajaan..wah kelam kabut jugak..banyak persediaan nak kene buat bermula dari penampilan dan juga pengetahuan..kat sini aku nak cerita skit ler pengalaman interview Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP DH41.

ok pertama sekali persediaan daru segi ilmu la..buat persediaan berkaitan NKRA, budjet 2010, falsafah pendidikan negara dan serba sedikit berkaitan kementerian pengajian tinggi.yang aku prepare pun ni jer ler kalau dia tanya lain maka akan aku goreng jer ler..

selepas tu persediaan dari segi penampilan pula.pakai blazer,seluar itam,kasut kilat beserta name tag.

ok perjalanan aku bermula dari selepas subuh aku terus bertolak ke putrajaya dan sampai dalam pukul 9.00pg (lambat skit sbb ikut jalan lama) interview pukul 10.00 pg jd aku ada 1 jam untuk buat last preparation.setibanya di post guard Jabatan Perdana Menteri aku lihat ramai dah peserta yang hadir..wah segak dan berkaliber masing masing...aku tanya kak nak interview dan dai suh tunggu kul 9.30 am baru boleh ambil pas..maka aku lepak kat luar dulu duduk di tembok dan ada kawan sebelah aku bersembang tanya dia amin interview apa dia gtau interview DH29 jurusan automotif..kami pun bersembang untuk mengisi masa lapang dan menghilang kan nerves.hehe..

ok masa ambil pas dia kene tinggalkan pengenalan diri jangan bg IC pulak sbb kat dalam nak guna ,aku pakai lesen bg kat dia dan trus menuju ke blok.jgn risau sign board ke interview x ada kita jalan jer ikut..sampai di meja pendaftaran tandatangan kehadiran.pastu encik pendaftar akan menyemak fail anda.(pastikan anda menyusun mengikut susunan sbb memudahkan dia untuk menyemak..pastikan semua kehendak surat ada..mcm aku lupa bawak surat beranak...sib baik ada dalam keta..

ok bersambung dulu ler......

Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira menjadi inspirasi anda

Setelah berteka teki dan mengandai-andai maka sudah terjawab kereta nasional terbaru bagi menggantikan waja iaitu Proton Inspira.Model baru keluaran proton ini adalah berasaskan Mitsubitshi Lancer yang mana ia terkenal dengan katahanan mahunpun kelasakannya.Oleh itu banyak elimen-elimen dari mitsubitshi ini diserapakan kedalan Proton Inspira.

Kereta baru keluaran Proton ini akan dilancarkan besok dengan kuasa 1.8 Manual,1.8CVT dan 2.0 CVT. Ketiga-tiga model ini menggunakan nadi engine Mitsubitshi yang mana 1.8 liter dari model 4B10 dan 2.0 liter dari model 4B11. Tempahan untuk medel ini akan dibuka dan anda dapat lihat di setiap wakil pengdar Proton telah pun menaikkan baner untuk tempahan serta 2 tahun percuma servis.

Dari segi harga pula, Proton Impiana bermula dari 75k hingga 95k.

Jadi siapa yang mampu memilikinya..tepuk dompet, tengok duit......




Kelantan VS Selangor, Seorang penyokong meninggal

Tragedi malang yang menimpa penyokong kelantan apabila salah seorang penyokongnya meninggal dunia akibat sesak nafas apabila berhimpit-himpit keluar dari stadium.

Jd macam persoalan pula yang timbul..dari segi sikap penyokong itu sendiri atau dari aspek pengurusan..walauapapun PakCik ucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Dan keputusan bagi perlawanan semalam ialah 0-0....